Saturday 15 November 2014

Wajarkah melayu merasa terhina dengan keadaan bangsanya pada masa ini...? Sepatutnya.....tapi kebanyakan bangsa melayu ini kurang mengambil berat akan keadaan permasalahan sosial yang melanda di kalangan bangsa mereka.
Bukan saya hendak menjadi rasis atau membenci bangsa melayu ini. Cuma merasa pelik dengan keadaan melayu kini yang banyak bergaduhan sesama bangsanya,.tidak bersatu-padu dan bersikap negatif dalam semua perkara. Kadang-kadang aku terfikir, apakah aku ini melayu..? tidak,..kerana aku portugis bangsa penjajah. Tapi kerana apa aku mengambil-berat akan hal2 berkaitan melayu...? KERANA AKU SAYANGKAN RAKAN2 AKU YANG BERBANGSA MELAYU...!!!!!!!!!

Cuba lihat bidang perekonomian dan perindustrian,..berapa ramai melayu yang memiliki dan membuka kilang sendiri..? berapa ramai pula anak melayu yang bekerja dengan kilang2 bangsa bukan melayu...? Mungkin kalau aku tanya perkara ini pada mana2 orang melayu di luar sana,,.pasti mereka akan tertunduk,..mungkin malu,.mungkin mahu mengelak dari menjawab soalan tersebut.
Kerana banyak kemegahan melayu yang terdahulu telah mereka lenyapkan di masa ini. Banyak kegemilangan melayu di masa dahulu telah mereka musnahkan pada zaman ini,..MANA MELAYU...? Mereka seringkali sibuk dengan hal2 politik,memaki hamun sesama bangsa dan agamanya, mencaci cerca dan menghina , mempertikaikan kemampuan bangsanya, mempertikaikan usaha bangsanya,..dan itulah melayu kini !!!!!!!!

Mari kita lihat kalau ada sederet kedai, yang "tauke2"nya adalah melayu,.Mungkin terdapat satu atau dua kedai yang menjual produk yang sama dan harga yang sama. Mulalah si melayu dan sesama melayu ini beriri-hati,bersangka buruk-berdengki, paling kurang di upahnya bomoh suruh tutup periuk nasi bangsanya sendiri !. Inikah persaingan sihat di antara bangsa melayu...? Tidak mampu menerima kekalahan, tidak mampu menerima teguran dan nasihat, mereka sebolehnya menghapuskan dan mencantas apa sahaja yang lebih dari mereka walaupun sebangsa dan seagama dengan mereka. Hak pemilikan perniagaan dan perekonomian di Malaysia memperuntukkan bahawasanya 100% BUMIPUTERA dan bumiputera di sini membawa maksud,,,MELAYU,..tapi berapa ramai anak melayu yang berjaya dalam bidang perekonomian dan perdagangan,..? Selagi ada sikap dan perasaan sedemikian sesama bangsa dan agama ,.pasti bangsa melayu ini akan terus melukut di tepian gantang.

Kita tidak salahkan anak2 melayu yang terlibat dalam bidang @ industri muzik. Tapi cuba lihat sejauh mana melayu kini mampu menempa nama di peringkat antarabangsa..? bezakan dengan pelakon/penyanyi yang juga berbangsa melayu di masa lampau, contoh paling dekat ialah Ibrahim Pendek, Sudirman Haji Arshad, Mahmud June dan Dato'P.Ramlee....meeka menempa nama ke arena antarabangsa,..dan menjadi ikon ikutan anak2 muda di masa itu bukan sahaja dalam negara,tapi di luar negara....Dan kini,..apakah anak melayu mampu meniru dan mengaplikasi cara "ayah2" mereka terdahulu..?

Sikap yang ketara dalam masyarakat melayu ialah takut mencuba,sentiasa berfikiran negatif dan sentiasa mengharap, merasa ego dan megah walau hanya memegang satu kelulusan, hanya memikirkan "AKU ANAK MELAYU DAN AKU DI TANAH MELAYU AKAN DI BANTU OLEH BANGSAKU SENDIRI",..sampai bila...? Bangsa lain berkejar-kejaran,berlumba-lumba ,membina empayar kemegahan hidup,.tapi bangsa melayu...? Sedih kalau kita lihat gelandangan di bandaraya Kuala Lumpur di majoritikan oleh anak2 melayu. Apa bangsa asing nilaikan,..? tambahan pula bangsa2 asing seperti Indonesia, Nepalese, Bangladeshi dan lain2,..sikit-sebanyak pasti mereka mengutuk bangsa melayu,."LIHAT ORANG MELAYU,..MALAS MAHU KERJA"...Pasti itu yang terbit dari mulut mereka dalam bahasa mereka sesama bangsa mereka. tapi Melayu tidak menyedari dengan semua itu,.mereka di hanyutkan dengan perasaan suka meminta-minta dan mengharap...

Aku bukanlah seorang pejuang melayu,.malah aku bukan juga penyelamat. Cukup apa yang aku luahkan di sini menjadi pembakar semangat kepada bangsa2 melayu ini. Kerana aku tidak mahu satu masa nanti, bangsa kami (portugis) kembali menjajah bangsa2 melayu ini. Kerana empayar melayu melaka 500 tahun yang lampau juga mampu bangsa kami tumbangkan kerana tiadanya perpaduan dan kerukunan hidup sesama bangsa dan seagama meraka,.apatah lagi sekarang...kerana hal2 politik,.melayu saling berpecah-belah....

Ingat2lah Melayu !!!!!!!!!!!!!!!